Dan setiap manusia telah Kami kalungkan amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka 17:13

wo men aini Allah (1)

Posted by fasihah on January 5, 2010

Hamdallah, pujian bagiNya. Tepat 31 Disember, merupakan akhir segalanya, dan 01.01.10 merupakan permulaan muhasabah diri yang tidak pernah sepatutnya terlupakan. Kembara mencari ruhil Islam yang sejak kebelakangan ini terbelakangkan, apabila ilmu tidak difikrahkan, apabila dosa dipandang sebelah mata, dan apabila semuanya tidak dijaga, bagaimana Allah (SWT) akan menjaga kita sehingga ke hari tua. Di mana, langkah kaki terketar-ketar dengan bantuan tongkat, itupun jika tangan ini yang laju menekan papan kunci berdaya memegang tongkat itu, apabila penglihatan makin kabur tatkala akomodasi berlebihan tidak mampu lagi menjalankan tugas alaminya.

Allahus somad. Allahu hafiiz. Jangan tinggalkan diriku lagi. Satu persatu amanah telah digalas di bahu ini. Insha Allah (SWT) hospital bakal tempat mencurahkan bakti juga dipilih bersandarkan, Kami perlukan waheeda di sini. Ya, saya lebih perlukan kamu semua dan dakwah. (Hmm, kenapa abah selalu sibuk. Selalu ke Sabah hampir setiap minggu..nak ikut)

***

Dahulu kala, di zaman Nabi Musa ada seorang lelaki meninggal dunia. Dia sangat fasik, hingga tak seorang pun penduduk kampung yang sudi menguburkan jenazahnya. Bahkan, jenazahnya diseret kemudian dibuang ke tempat kotoran unta. Lalu, Allah (SWT) menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, ‘Hai Musa, ada seorang lelaki di kampung fulan meninggal. Jenazahnya dibuang di tempat kotoran unta. Dia adalah sebahagian daripada kekasihKu. Orang kampung tidak ada yang bersedia mengurusnya, maka uruslah. Segeralah engkau berangkat ke kampung fulan. Mandikan, kafan, solat jenazahnya, dan kuburkanlah jenazahnya”.

“Setelah mendapat wahyu, Nabi Musa segera berangkat. Kepada penduduk kampung, Nabi Musa menanyakan perilaku seharian si mayat semasa hidupnya. Ditanyakan pula, mengapa mereka memperlakukan si mayat sekasar itu. Jawab mereka ‘Dia mati ketika penduduk kampung sedang marah dan membencinya. Dia fasik, melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan’. Lalu Musa bertanya lagi, ‘Di manakah sekarang jenazah itu dikuburkan? Sebab Allah (SWT) telah memberikan wahyu kepadaku agar aku mengurusnya. Tunjukkanlah kepadaku di mana jenazah itu kalian buang? Penduduk kampung pun kemudian membawa Nabi Musa ke tempat pembuangan jenazah itu”.

“Nabi Musa menyaksikan sendiri keadaan jenazah yang dibuang di tempat kotoran unta, dan mendengar langsung cerita perilaku sehariannya. Lalu, Nabi Musa bermunajat, bertanya kepada Allah (SWT), ‘Ya Allah (SWT), Engkau memerintahkan kepadaku agar memandikan, kafan, solat jenazah dan menguburkan jenazahnya, padahal penduduk kampung menyaksikan bahawa semasa hidupnya dia selalu berbuat maksiat secara terang-terangan. Sungguh, hanya Engkaulah yang lebih mengetahui daripada apa yang mereka katakan”.

“Allah (SWT) SWT menjawab, ‘Hai Musa, memang benar apa yang mereka katakan. Dia adalah orang yang sangat buruk akhlaknya. Tapi, ketika sakaratul maut dia sempat minta pertolongan kepada Ku dengan tiga perkara. Seandainya semua orang yang berbuat dosa bersedia meminta pertolongan kepadaKu denga tiga perkara sebagaimana yang dilakukan si mayat, nescaya Aku memberikan ampunan atas dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Bagaimana aku tidak bersedia mengampuni, sedangkan dia minta ampunan kepadaKu. Bukankah Aku Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?’

“Nabi Musa bertanya lagi, ‘Ya Allah (SWT), apakah tiga perkara itu?’. Allah (SWT) SWT menjawab, ‘Tiga perkara itu adalah : pertama, ketika sakarat dia berkata: ‘Ya Allah (SWT), sungguh Engkau lebih mengetahui keadaan diriku yang selalu berbuat maksiat. Dalam hati kecilku, sungguh sangat membenci kemaksiatan yang aku lakukan. Tapi, kerana terpengaruh oleh tiga perkara yang selalu menyelubungi dan menggoda hatiku adalah hawa nafsu, teman bergaul yang jahat, dan iblis. Ya Allah (SWT), sungguh Engkau Maha Mengetahui segala perilaku yang telah aku lakukan, hingga berkenan kiranya Engkau mencurahkan ampunan kepada hambaMu yang bersimbah dosa ini’.

“Kedua, ketika sakarat dia berkata,’ Ya Allah (SWT), sungguh Engkau lebih mengetahui diriku telah banyak melakukan kemaksiatan, lantaran aku tinggal bersama orang fasik. SUngguh nuraniku mengatakan, bahawa aku tidak suka berteman dengan mereka, dan lebih suka berteman dengan orang yang salih. Lebih daripada itu, aku sangat menyukai sifat zuhud orang yang suka beramal salih, serta lebih senang duduk bersama mereka daripada duduk bersama orang fasik’.

“Ketiga, ketika sakarat dia berkata, ‘Ya Allah (SWT), Engkau lebih mengetahui tentang diriku. Sungguh orang fasik sangat memerlukan pertolonganku, demikian pula orang salih. Tentu, aku selalu mengutamakan kepentingan orang salih”.

“Dalam riwayat Wahab bin Munabih, lelaki tersebut ketika sakarat atau menjelang meninggal berkata, ‘Ya Allah (SWT), bila Engkau berkenan mengampuni dosa-dosaku, tentu para kekasihMu dan para nabiMu akan merasa bahagia, sementara syaitan beserta pengikutnya akan merasa sangat sedih. Sebaliknya, apabila Engkau tidak bersedia mengampuni, tentu para kekasihMu dan para nabiMu akan merasa sangat sedih, sementara syaitan beserta pengikutnya akan merasa bangga dan bahagia. Mereka tertawa, kerana berhasil menyeret diriku ke dalam jurang neraka. Sungguh, aku mengetahui bahawa kegembiraan para kekasihMu lebih Engkau sukai daripada kegembiraan syaitan. Ya Allah (SWT), aku berharap dengan penuh kesungguhan, agar Engkau berkenan mencurahkan ampunan kepadaku. Ya Allah (SWT), Engkau lebih mengetahui segalanya daripada diriku sendiri. Aku berharap, memohon kiranya Engkau mencurahkan belas kasih, dan menjauhkan seksa neraka daripada diriku yang berlumuran dosa’.

“Allah (SWT) kemudian menyampaikan pernyataan kepada nabi Musa, ‘Hai Musa, lantaran rintihan hambaKu yang berlumur dosa, kemudian Aku mencurahkan belas kasih, mengampuni serta melepaskan dia daripada seksa neraka. SUngguh Aku adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lebih khusus lagi kepada orang yang sedar dan mahu mengakui perbuatan disa yang terlanjur dilakukan. Hai Musa, kerjakanlah semua yang telah Ku perintahkan. Betapa mulia orang yang sedar kemudian bertaubat daripada dosa, hingga kemudian Aku mengampuni dosa-dosa yang dilakukan selama di dunia. Demikian pula Aku mengampuni dosa-dosa orang yang bersedia mendirikan solat jenazah dan menguburkan jenazahnya’.

Posted in General Musings | Tagged: | No Comments »

Ibrah di Maal Hijrah

Posted by fasihah on December 18, 2009

Al kisah, ada sebuah ceritera teladan yang mau saya kongsikan, mudahan ibrahnya bisa kita jadikan sebagai sempadan.

Dari studio, kami berdua bergerak ke sebuah taman perumahan yang mewah bagi penduduk di sini, sambil membonceng skuter tanpa memakai topi keledar (aksi ini jangan ditiru), kami melalui sebatang jalan raya yang penuh sesak lantaran keesokannya adalah tahun baru bagi kalendar Islam, bermakna libur bagi penduduk kota Medan.

Dalam perjalanan, seperti kebiasaan 2 hari lepas, entah kenapa kisah 2-3 tahun dulu kini menghantui hidup kami di sini, catuan elektrik, black out selama 2-4 jam setiap hari tanpa mengenal waktu. Bertepatan pula dengan jadual ujian USU, kadang-kadang terlihatlah adik-adik yang belajar di bawah cahaya lilin atau lampu kren yang sedang bekerja di tapak pembinaan sedang membina hospital pendidikan USU di Jalan Dr Mansur. Gara-gara kes rasuah Antasari dan Bibik Chandra, negara merah putih ini bertambah kerugiannya hampir RM 400 juta, sebuah nilai yang besar bagi negara Islam yang majoriti penduduknya mengais pagi makan pagi. Pantasan SBY mau digulingkan.

Dalam kegelapan, kami sesat entah ke mana. Berpusing-pusing jugalah menyusuri jalan di TASBI ini. Niat awal di hati ingin mengambil kek yang dibeli dan disimpan di sebuah rumah adik, kerana bimbang kek yang disimpan tidak dapat bertahan sehingga ke hari minggu. Kek hadiah untuk menyambut ulang tahun sahabat tercinta, itulah rencana yang disusun sejak dari awal. Sambil candle light dinner, mencicipi resepi baru yang dicipta adik ini, yang terkenal dengan kepakarannya memasak, banyak hal yang dibincangkan. Dari hal wisuda, co-ass, jaulah, keretapi komuter ke Kampar sehinggalah hal ehwal semasa negara berepublik ini.

Tepat jam 12 malam waktu tempatan, kami berdua berniat untuk beransur pulang. Kasihan dengan si adik empunya skuter yang perlu menyediakan alat kelengkapan untuk berperang di posting Interna pada minggu hadapan.  Namun, niat terbantut lantaran memikirkan keselamatan anak gadis di lewat malam, khuatir dengan keselamatan diri di atas jalan.

Kedinginan malam terasa sehingga ke tulang hitam lantaran penghawa dingin yang dipasang. Terima kasih adik-adik menumpangkan kami bermalam dengan penuh selesa.

Setelah menghantar seorang adik pulang ke Malaysia di muka pintu keesokannya, kami berdua mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Serasa menyusahkan si adik, saya menyuruhnya meninggalkan saya di tepi jalan untuk menahan angkut, namun tidak dibenarkan. Melalui jalan pintasan yang dikelilingi petak-petak sawah padi di celah-celah rumah batu yang tersergam indah, dengan jalan yang berlopak-lopak kami melalui belakang pintu 4 kampus USU ke kompleks dosen USU, dimana lebih setengah dekad saya setia menyewa kamar disitu. Melewati sebuah gereja kampus yang penuh meriah dengan ahli kariahnya terasa berbeza dengan masjid kampus yang terletak di jalan sama, yang meriahnya hanya di awal Ramadhan dan setiap Jumaat. Hari ini bukan hari Ahad.

Skuter dihentikan di depan rumah, menunggu si adik untuk pulang di muka pintu, namun skuter  kesayangan merajuk berpanjangan. Rupanya, tangki minyak sudah kehausan, kering minta diisi. Kami berjalan sehingga ke depan kampus, terasa malu pula dilihat adik-adik pelajar Malaysia yang menaiki van-van ACMS (Allianze College Medical of Science twinning dengan USU) di pinggir jalan, mahu ke luar kota untuk program berkhatan beramai-ramai.

Bangunan FK ~hasil duit kami pelajar Malaysia

Setelah membayar 1 ribu Rp per orang kepada supir angkut, kami ke stesen minyak. Terpaksa membeli kantong plastik di kedai runcit berhadapan stesen minyak, lantaran ini kali pertama berpengalaman dengan kejadian sedemikian. Kantong plastik yang diisi dengan minyak diletakkan dengan berhati-hati di dalam beg sandang. Namun, entah kenapa, lagi setengah perjalanan, bercucuran minyak keluar di dalam angkut, membasahi lantai, lantaran kantong plastik itu mungkin tertusuk sesuatu. Riuh rendah dengan suara ibu-ibu yang kebimbangan, kerana pernah kejadian, kebakaran menurut mereka. Angkut dihentikan di pinggir jalan, plastik dibeli oleh sang supir untuk menampung sisa minyak yang berbaki dan melumuri lantai tadi dengan air putih. Semerbak bau wangian minyak dengan tangan yang penuh dengan bahan kimia itu.

Sambil adik tersayang mengisi tangki, saya mengambil baldi yang diisi air dan sabun untuk mencuci tangan.

..pertama, jika ditakdirkan Allah (SWT) kami pulang pada jam 12 malam atau 1 pagi Malaysia, tiada lagi kenderaan,  terpaksalah mengetuk pintu-pintu rumah atau menahan sesiapa di jalanan, namun Allah (SWT) menakdirkan sebaliknya.

-Kedua, sediakan botol mineral untuk mengisi minyak jika anda mempunyai kenderaan di Medan, khuatir nanti kebocoran dan berlaku perkara yang tidak diinginkan.

-Ketiga, pakailah topi keledar, untuk keselamatan diri juga, nanti nyawa melayang, satu kerugian besar kepada banyak pihak yang memerlukan anda. Lebih-lebih lagi di ambang hampir tamat belajar ini.

-Seterusnya, pastikan wang sentiasa ada di kocek, credit ada di HP apabila berlaku kecemasan, lebih-lebih lagi kepada si anak gadis seperti kami.

-Jangan pulang lewat malam, menginaplah di rumah teman, jangan mengundang bencana kecuali jika becak masih ada.

-Pastikan tangki terisi dengan minyak, tayar tidak kempis, jangan tertahan-tahan untuk mengisi minyak.

-Siapakah yang akan memakmurkan masjid Allah (SWT), kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.

Wallahua’lam. Every single thing happen with Allah (SWT)’s will. Subhanallah, wal hamdulillah, wallahuakbar.

Angkut di mana-mana

Posted in Canvas of life | No Comments »

Pembuka Bicara Sufi

Posted by fasihah on December 16, 2009

Saya teringatkan kepada sesuatu. Sesuatu yang kadang-kadang membuntuti fikiran ini ke mana-mana dan kapan-kapan saja. Kematian akh Ariff.

Hanya pembuka bicara.

Soalan yang sama kerap kali saya utarakan kepada adik di Medan, tanpa saya sedari sebenarnya.

“Aqilah, akak ni orangnya macam mana, sebelum dan selepas Aqilah kenal?, suatu malam saya bertanya.

“Akak ni, soalan tu dah berkali-kali akak tanya”, jawabnya jujur. Oh, ye ke? Tanpa disedari.

Kadang, bersulamkan waktu, sedar atau di bawah alam sedar, kita sering mahu menjadi seseorang, apabila iman pada derajat tinggi, kita angan-angankan menjadi seorang Sumayyah atau Zainab al-Ghazali tanpa dipinta. Tetapi itu hanya sebentar sahaja, lantaran Tuhan telah menjadikan kita, turun dan naik imannya.

Untuk menjadi seorang yang penuh bergaya, tanpa dipaksa, tanpa ditanya, saya maukan warna warni pelangi untuk menjelitakan wajah saya, lantas hilang segala prinsip yang cuba ditanamkan dalam diri. Tapi, Islam itu tidak melarang, hanya bersederhana dan kemas dalam setiap gaya.

Oh, kenapa malam ini agak bernuansa puitis bahasanya. Saya bukanlah orang yang sebegitu sebenarnya.

Pagi Eidul AdhaPagi Eidul Adha, on call, makan nasi bungkus yang disedekahkan

“Pemuda ialah mereka yang memikirkan ummat lebih dari hal mereka sendiri” – Hassan al-Banna. Lantas Wahai Pemuda karangan sheikh Ikhwanul Muslimin ini sebenarnya ada titik tolak ukurnya yaitu diri kita sendiri. Apabila membicarakan soal serbi tentang Pemuda, bukanlah bermaksud ditujukan hanya untuk mereka yang bergelar seorang bakal suami atau remaja lelaki. Kita juga adalah tulang belakang baik dan buruk sesebuah daulah itu.

Tinggalkan sebentar mengenai karakter seorang Pemuda.

Ada seorang sister bertanya,

“Waheeda nak buat HO di mana?”, tanyanya dengan penuh minat.

Saya menjawab ala kadar, jawaban yang biasa diberikan dari mereka yang berjiwa keluarga dan bertanyakan soalan yang serupa kepada ukhti tersebut. Lantas di jawab dengan penuh makna,

“Kat mana naqibah d*** suruh, kat situlah d*** HO”, jawab seorang pemuda yang berjiwa besar. Kagum dengan sister yang seorang ini kerana latar belakangnya bukanlah dari sekolah agama. Hanya bersekolah biasa, pemegang biasiswa MARA dan pemain bola jaring di sekolahnya. Namun, titik tolak bermula dengan sebuah hidayah. Benarlah hidayah itu milik Tuhan. Dari yang berpribadi biasa-biasa sahaja, dengan tudung di atas dada, kini menjadi salah seorang figure hebat di bumi Nusantara ini. Subhanallah.

Jika tiada seorang pun yang mahu menggerakkan dakwah, biarlah seorang yang tinggal di atas muka bumi ini adalah aku, walaupun hanya seorang, kerana sudah sunnahtullah, ada yang datang dan pergi, dan mereka yang benar-benar thabat di atas jalan ini, akan diberi hidayah dan petunjuk olehNya.

Wallahua’lam

Posted in General Musings | No Comments »

Update

Posted by fasihah on December 9, 2009

There is something bothering me lately, which I really hope that Allah (SWT) makes it easier for me, insha Allah (SWT).

Wanna buy? 3 million Rp @ RM 1080 ~

Wanna buy? 3 million Rp @ RM 1080,  really not worth it ( dah lepas dah beli tiket PP ke Melbourne)

Posted in General Musings | No Comments »

Syair

Posted by fasihah on October 9, 2009

Jika suatu saat engkau kesepian.

Janganlah berkata, “Aku kini sendirian”.

Tetapi katakan, “Aku kini diawasi Tuhan”.

Jangan kau duga Allah (SWT) lengah meski sejenak.

Atau mengira yang tidak tampak bagiNya itu ghaib.

Posted in Poem | Tagged: | No Comments »

Nukilan

Posted by fasihah on September 11, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam 22 Ramadhan menyapa seketika, setelah 5 hari berlalunya Nuzul Quran, dan peristiwa Badar al-Kubra, di kala muslim berpuasa di bawah panas terik sinar sang suria. Tingkat iman itu tidak dapat ditandingi oleh kita walaupun mengakui diri sendiri berada di bawah naungan sekolah tarbiyyah.

Entah kenapa, memori lalu menyapa diri. Mungkin ramai yang lebih menyenangi untuk bermain kuiz di facebook atau saling bermessage2 bertukar khabar, namun, saya lebih menyenangi keberadaan saya di sini. Suatu ketika dahulu, saya redhakan diri hidup dalam keadaan terkontang kanting dan tandus tanpa pengisian rohaniah yang berlangsung menjangkau seperdua usia pengajian, usia yang diambil oleh Muhammad al-Fateh atau Usamah sebagai ketua panglima tentera di kala usia baru usai menduduki Sijil Pendidikan Malaysia, jika itu yang dijadikan sandaran di zaman ini.

Saya lebih menyenangi untuk duduk berdiam diri, lebih selesa untuk mencipta pelbagai alasan dalam memastikan hanya hidayah milik Allah (SWT) sahaja yang akan saya genggam sampai kapan pun, tanpa mempedulikan orang sekitar. Cemburu, itu sudah tentu apabila melihat teman seperjuangan di madrasah dahulu hidup di zon selesa di tanah air sendiri. Hikmah yang masih dijadikan hijab oleh Allah (SWT).

Lama kelamaan, saya hanya membiarkan diri di bawa arus dunia tanpa mempedulikan apa yang pernah dipelajari.

Allah (SWT) campakkan perasaan ini di hati sanubari saya, lantas dengan izinNya saya mula bertarbiyyah dengan seorang saudara seIslam dengan background Islamic yang zero, telur ayam. Saban hari, saya sentiasa merindui di sapa, setiap hari, saya leka berada di bawah buaian Ilahi. Subhanallah, kalau dahulu saya lebih suka memendam rasa, saya lebih menyenangi untuk menyalahkan keadaan, kini, saya mensyukuri hikmah Ilahi yang Maha Hakim.

Dari pintu ke pintu, dari malam ke malam, pada awalnya hanya ber empat, jika kuantiti yang dijadikan panahan, kini kami terus bergerak. Suka saya katakan, suka saya tekankan, majoriti kami dari mereka yang zero back ground. Lantas, cemburu itu secara sendirinya hilang ditelan masa, tatkala melihat diri sahabat-sahabat di tanah air, tidak lagi rela mencari hidayah Allah (SWT) yang pernah dicampakkan. Saya sedih.

Sedih kerana, kini, saya dilingkungan mereka yang  faham Islam, berjuang untuk Islam yang bukan lagi teman sepermainan saya ketika zaman remaja di sekolah. Alhamdulillah, tarbiyyah dalam kesusahan yang Allah (SWT) atur, saya perolehi bukan di tanah air. Lantas, saya mensyukuri apa adanya. Saya berada di lingkungan mereka yang menghargai Islam bukan setakat yang dipelajari di sekolah.

Saya menghargai pertemuan setiap usrah, setiap halaqah yang diadakan. Kadang kala, saya juga tenggelam dalam manhaj ini, namun sering diingatkan sahabiah, tarbiyyah merupakan suatu proses, kerana meninggalkan sesuatu yang sudah menjadi tabiat saya sejak berzaman itu sukar.

Kini, saya rindukan the good old days yang pernah menyapa. Tidur malam bersama tanpa mengenali hati budi masing-masing, dan dengan wasilah yang dibawa Hassan al-Banna, janji itu terpateri secara tidak langsung, tanpa disedari.

Saya mengiyakan, rugilah kita berada dalam zon selesa di tanah air tanpa bergerak, tanpa berusaha memantapkan diri kerana kita lupa, kita bukan berada di zaman Makkah, zaman dakwah terbagi kepada sirri dah jahri.

Tidak hairan, jika tarbiyyah yang pernah diwarisi oleh orang tua kita dahulu tidak lagi diwarisi oleh kita kerana selesanya kita di zaman ini. Tidak perlu mencari hidayah, hanya duduk dan melihat.

(Tiada nas Quran, sekadar nukilan rasa hati).

Posted in Canvas of life | 2 Comments »

Renungan 1

Posted by fasihah on September 1, 2009

“Dan rasul (Muhammad berkata) berkata, Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini diabaikan “(25:30)

Kaumku = kaum muhammad = kita = aku =kau

Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!

Bangunlah untuk salat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil,

(yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu,

Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan,

Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu,

Sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan bacaan di waktu itu) lebih berkesan.

Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan yang panjang.

Posted in My kitab | Tagged: | No Comments »

Omelan….

Posted by fasihah on August 24, 2009

Original artikel dari kak Aishah Dundee..sayang akak (“,)

‘ Do you go out at night aisyah?’

Gayanya seperti sosok seorang wanita yang moden. Pipinya bermekap jambu. Keningnya dilukis lentuk. Bulu keningnya ikal menampakkan wajahnya yang menawan. Di balik rerambut yang hitam itu ada garis-garis perang yang mengimitasikan gaya hidup barat.

Aku melihatnya dan terpaksa kuakui, dalam usianya 22 tahun, dia memang seorang pakistani born british yang cantik.

‘You mean , going out for movies and stuffs?’

Aku bertanya naif.

‘No, i mean like , going out for pubs and clubbing?’

Terkadang aku kaget bila ada orang tak dapat membaca perwatakan orang lain, ataupun tidak dapat mengagak kehidupan orang lain dengan penampilan luaran mereka.

Aku cuba berpakaian mengikut tatacara seorang muslimah, bertudung bawah dada dan berpakaian selonggar mungkin.( Pernah ditegur oleh dua orng ikhwah satu masa dahulu kerana berpakaian tidak cukup longgar. Malu sungguh!)

Adakah tidak cukup aku berpakaian sebegini untuk menunjukkan aku tidak pernah tahu bagaimana rupa sebuah kelab malam walaupun telah bermastautin di negara ini 6 tahun yang silam?.

‘No, I don’t do clubbing.’

Tergerak hati aku untuk bertanya akan perihal diri dia. Dan tentu aku tidak akan terkejut mendengar jawapan yang bakal terbit dari bibirnya itu..

Sebelum sempat aku membuka mulut, dia berkata,

‘ I know it felt so wrong and i felt bad about it, but i do clubbing. And I enjoy it quite a lot. I really do……. and the most thing i feel bad about is… I am drinking too!’

Dan dia meneruskan lagi, ‘ I know should not have drinking. I know its bad. Everytime I drink, I regret it, but then when I went clubbing, I kept drinking again….’

Pernah kita berada dalam situasi begitu?

Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir  Radhiallahu Anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat pekara-pekara yang syubhat yang tiada diketahui oleh kebanyakan manusia.
Barangsiapa yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhat itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam pekara syubhat itu berarti ia tergelincir masuk ke dalam perkara haram.
Laksana seorang penggembala di pinggir sebuah daerah larangan, yang akhirnya masuk ke dalam daerah larangan itu. Ketahuilah sesungguhnya bahwa setiap raja mempunyai daerah larangan, Ketahuilah, sesungguhnya daerah larangan Allah (SWT) itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya.
Ketahuilah, dalam setiap tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh itu.  Ketahuilah, Itu adalah hati
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini terdapat banyak ibrahnya.

Pertama, dia menjelaskan yang di dunia ini wujud tiga situasi sahaja: Haram, halal dan syubhat.

Sebagai muslim. Semua kita tahu mana yang halal yang mana yang haram.

Kita tahu kahwin halal, zina haram. Tahu air susu halal, arak haram. Tahu berniaga halal, riba haram.

Tapi yang paling ramai struggle untuk tahu adalah antara keduanya ; SYUBHAT.

Pergi clubbing dan pub, memang nampak obviously haram sebab ada benda2 haram dijual di situ, tapi sebab tidak ada label HARAM yang jelas dalam Islam, maka ramai muslim mengiakan diri mereka untuk pergi, demi sebuah hiburan dan juga keseronokan yang fana.

Bercoupling misalnya, walaupun telah wujud banyak kesedaran dalam masyarakat tentang haramnya coupling, tapi ramai membenarkan hubungan di luar perkahwinan itu. Malah tidak boleh menerima haramnya coupling.

Sebab masyarakat kita kalau disebut haram sahaja, terbayangkan babi, terbayangkan arak dan zina.

Sedangkan tentu, perkara-perkara yang membawa kepada perkara haram itu turut haram juga.

Namun Al-quran sebenarnya membentuk hati kita dengan lembut dan baiknya sekali.

Tentang pengharaman arak misalnya, Allah (SWT) tegur lembut sebanyak tiga kali sebelum benar-benar mengharamkannya.

Begitu juga perkara yang lainnya.

Sebab itu para sahabat zaman dulu tak rasa berat meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan, kerana hati mereka telah melekat dengan Allah (SWT) dan sanggup buat apa sahaja untuk Allah (SWT).

Sebab itu dalam kita mentarbiyah diri kita dan masyarakat untuk membuang perkara-perkara jahiliyah dalam diri, perlulah didik dengan tarbiyah quraniyah, merasai hati ini dilentur dan diketuk dengan hidayah Allah (SWT).

Baru senang dia nak tanggal perkara-perkara haram dalam dirinya!

Kedua, Allah (SWT) Taala memiliki taman larangannya:

Ketahuilah sesungguhnya bahwa setiap raja mempunyai daerah larangan, Ketahuilah, sesungguhnya daerah larangan Allah (SWT) itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya

Dan cara kita untuk elakkan diri dari masuk tanah larangan Allah (SWT) ini adalah:

Barangsiapa yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhat itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam pekara syubhat itu berarti ia tergelincir masuk ke dalam perkara haram.
Laksana seorang penggembala di pinggir sebuah daerah larangan, yang akhirnya masuk ke dalam daerah larangan itu

Tapi kita selalu kalah dengan nafsu kita. Dan tidak sedikit kita sentiasa menghalalkan sesuatu hanya demi untuk membenarkan apa yang nafsu kita kata.

Sedangkan AlQuran mengajar hati kita akan sesuatu yang lebih bermakna dan agung…

Allah (SWT) comes first before anyone else.. including us..

Sebab itu nak elak jatuh ke dalam kawasan larangan Allah (SWT), pelihara diri kita dari perkara-perkara syubhat, sebab perkara-perkara syubhat ini biasanya lebih cenderung untuk jatuh kepada perkara-perkara yang haram di sisi Allah (SWT).

Begitu juga dengan fitrah sebuah cinta.

Memang normal bila kita menyukai seseorang. Fitrah manusia tentu akan suka disayangi dan mahu pula memberi hatinya pada orang lain. Apatah lagi dengan yang berlawanan jantina.

Teringat saya kata-kata seorang ukht:

Dahulu bila akak pernah tersuka kat mana-mana brothers/lelaki, akak akan solat istikharah banyak-banyak. Kalau betullah dia jodoh untuk akak, Allah (SWT) akan mudahkan akak menuju perkahwinan itu, jika tidak, maka akak minta Allah (SWT) buang perasaan suka akak pada dia.

Dan Alhamdulillah, lepas akak istikharah, mmg bukan dia jodoh akak, akak dah takde dah perasaan itu pada dia. Hilang! Malah dah tak ingat pun perasaan suka itu pada dia.

Dan Alhamdulillah, ukht itu mendapat suami yang terbaik bagi dirinya, seoarang al-akh mujahid dakwah yang diidami cirinya-cirinya oleh semua akhawat yang melayari bahtera dakwah ini.

Dan tidak saya lupa kata-katanya, sepanjang urusan khitbahnya, tidak pernah semalam pun dia meninggalkan istikharah.. Masyallah!

Sebab itu, jika kita terjebak dalam perasaan suka/cinta ini, istikharahlah, dan mintalah panduan pada Allah (SWT), adakah dia yang terbaik untuk diri kita dan dakwah kita.

Insyaallah, jika dia yang terbaik buat kita, Allah (SWT) akan mudahkan. Jika tidak Allah (SWT) akan hilangkan perasaan kita itu pada dia.

Dan jika betul signal dia ( wah, macam antenna pula..huhuhu), ikutlah saluran yang sepatutnya. Melalui naqibah misalnya ataupun ibu bapa kita sendiri. Tidak sedikit juga orang yang meminta teman rapat yang sudah berkahwin untuk menolong dalam urusan baitul muslimnya.

Walaupun dengan niat untuk bertaaruf di awal peringkat BM, perlulah pintu-pintu syubhat itu ditutup, apatah lagi dikalangan mereka yang mahu mengangkat panji daulah Islam ini.

Dan cara paling ampuh untuk menutupnya adalah melalui orang tengah dan ketiga. Jika benar-benar ikhlas, bersungguh-sungguh, dan benar kerana Allah (SWT), insyaallah inilah jalan yang terbaik untuk ditempuhi demi menuju perkahwinan yang lebih barakah.

99% akhwat yang berBM menasihati saya,

‘ Pengakhiran baitul muslim yang baik, bermula dari permulaan yang baik, yang tidak dihiasi dengan maksiat.’

Terkadang kita rasa tak apa kita laksanakan sesuatu. Kita wujudkan pelbagai alasan untuk benarkan perbuatan kita. Dan kita rasa kita buat semua itu kerana Allah (SWT). Tapi mungkin hati kita telah dikilaukan oleh kilauan syaitan yang sentiasa menguji titik lemah kita. Dan di situ syaitan akan mengiakan/membenarkan tindakan kita itu, walaupunn tindakan itu menyebabkan kita lebih jauh dari Allah (SWT) tanpa kita  sedari sedikit pun.

Namun Allah (SWT) lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila kita menjaga Allah (SWT), Allah (SWT) akan jaga kita, dan berika yang terbaik untuk kita, insyaallah…

Alamak, dah topik lain dah ini… inilah akibatnya update blog pada tengah malam!

Maaf caca cerba especially utk adik-adik kesayangan saya.. Moga antum beroleh manfaat dari entry tak seberapa ini.

Point paling penting dari hadis tadi, kalau nak elakkan benda-benda haram, haruslah kita elakkan diri kita dari perkara syubhat.

Perkara syubhat inilah perkara yang tidak jelas hukumnya. So better elak before terkena ok?

PS: cinta terindah bila semuanya berpaksi pada Allah (SWT), dan berada di bawah syariatnya..

Salam sayang,

aisyah

glasgow

12am

Posted in General Musings | 2 Comments »

Indrapura @ Public Health

Posted by fasihah on August 23, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah (SWT), niscaya dia akan mendapatkan Allah (SWT) Maha Pengampun, Maha Penyayang.  (4:110)

Pantai Jono

Selepas hampir sebulan menyepikan diri seketika, fa biiznillah, 2 Ramadhan alhamdulillah subhanallah mengizinkan diri untuk bertamu mencoretkan secebis pengalaman yang amat berharga. Seperti mana insan lain yang mengharapkan kedatangan Ramadhan ini disapa dengan layanan yang mesra, begitu juga dengan diri ini. Tidak dinafikan harapan yang menggunung tinggi seiring kedatangan Ramadhan tahun ini lebih energetik dalam beribadah hati nurani dan fizikal.

Sementelah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir di bumi putih merah ini, moga Allah (SWT) permudahkan hati lisan dan nurani dalam beramal kepadaNya.

anak2 INA pulang dari sekolah

2 minggu kelmarin, Indrapura menyapa mesra kami berlima. Sepertimana yang dibilang emak, IS IT EXIST? Saya termanggu-manggu. Kenapa dengan nama Indrapura tersebut?

Rupanya, tutur emak, selalunya Indrapura ini dituturkan dalam dialog filem P. Ramlee. Gitu eh.

AVANZA

3 jam dari Kota Medan, kami kesana menaiki kenderaan yang disewa, selama 2 minggu juga, seorang supir juga disewa hanya untuk mengantarkan kami dengan selamat ke sana.

Penduduknya didominasi dengan kaum Melayu di desa Pematang Jering dengan 10 dusun yang majoritinya penduduk Melayu asli, tidak seperti di Malaysia, majoriti penduduk yang berwarganegara Melayu celup termasuklah diri sendiri. Perjalanan ke sana bukanlah dengan melalui highway seperti di Malaysia, melainkan 2 lane, yang dipenuhi dengan lori-lori besar yang juga dipandu laju.

durian

Alhamdulillah, really enjoy ourself there. Penelitian mengenai karakteristik tekananan darah bagi penduduk di Kecamatan Sei Suka, Kabupaten Batu Bara (huhu, ok, nama agak fantasi gitu)seramai 50 orang dan alhamdulillah tidak seperti di Kota Medan, masjid tersergam indah di mana-mana, cuma yang agak menyedihkan adat Melayu seperti baju kurung atau seumpamanya bukanlah tradisi di sini melainkan mereka kaum ibu-ibu juga lebih mudah menyarung baju T dengan berseluar pendek. Dusun-dusun yang dikelilingi pokok getah dan kelapa sawit yang terletak agak di pedalaman, sangat mendamaikan jiwa.

Destinasi lain seperti Pantai Jono atau Perjuangan, tidak seperti pantai di Malaysia, bayaran 20 ribu yang dikenakan sangatlah mengecewakan kerana airnya yang agak kotor berlumpur.

Setiap hari, pasti di sini keputusan bekalan elektrik, menjadi lumrah yang pasti terselit dalam diari kehidupan. Makanan disediakan di Dinas Kesehatan, tempat penginapan kami, cuma yang selalunya menjadi santapan untuk sarapan pagi adalah indo mie atau mee maggie, makanan ruji penduduk Indonesia. Tidak hairanlah jika kanser merupakan penyakit yang tertinggi di Indonesia.

Tasik Inalum

Indrapura bukanlah bandar yang maju tetapi agak lumayan kerana bahan keperluan masih mudah didapat, cuma bagi mereka yang kaki shopping, Indrapura bukan tempat yang sesuai.

Sebelum sampai ke Indrapura, Tebing Tinggi merupakan tempat popular bagi penjualan lemang. Enak kok, mungkin lebih enak dari di Malaysia, kerana lemang yang tidak hangit dan tidak juga mentah. Namun, kebiasaan penduduk di sini, lemang dimakan dengan kaya, bukan seperti di Malaysia, lemang dimakan dengan rendang. Jauh perjalan, luas pengalaman.

es shanghai dan darah B

Bandar Inalum, merupakan kawasan perumahan terancang oleh Jepun, sangat bersih, sangat tersusun dan cantik. Dikelilingi tasik, padang golf, seakan kita berada di tanah air. Tidak terlintas ada juga tempat seperti ini di bumi garuda. Bandar ini disediakan khusus untuk pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat aluminium milik Jepun. Yuran sekolah juga ditanggung sepenuhnya oleh orang-orang matahari terbit ini.

Ibu-ibu memasak utk majlis tahlil

Pengalaman berharga dan sangat berguna. Looking forward to refill my account for this Ramadhan Kareem.

Bidan Desa

Posted in Co-ass | No Comments »

Juni..

Posted by fasihah on July 1, 2009

Mabruk bagi adik-adik dan sahabat-sahabat yang akhirnya berjaya melangkahkan kaki ke alam koas bermula Isnin baru ini, moga melangkah dengan bekalan iman dan ilmu yang cukup walaupun ditambah 6 bulan dari kami yang sedia ada. Semoga cekal, tabah dan sabar.

Jun, 30 hari, rasa tidak terhitung dengan jari, setiap apa yang berlaku dalam hidup ini, sesuai dengan apa yang ditulis.

Pesan emak, jangan berburuk sangka dengan Allah (SWT). Pesan abah, amalkan ayat Nabi Yusuf buat bekalan diri. Buat pengetahuan sahabiat, hp daku hilang sekali lagi dan esok insha Allah (SWT), jam 5,25 petang, akan berlepas dari bandara Polonia pulang ke Malaysia sehingga Isnin ini untuk membuat visa B. Moga dengan izinNya kita dapat berjumpa.

Isnin sehingga Sabtu depan, selama 2 minggu bertugas di Rumah Sakit Puteri Hijau Tingkat II, atau dikenali dengan rumkit atau rumah sakit tentera. Rumkit yang terletak di daerah kawasan orang Melayu Deli ini tidaklah begitu besar tetapi cukup mendamaikan jiwa. Tidak perlu menginap tetapi harus punctual, disiplin seperti tentera dan bisa pulang pada jam 11 malam tergantung kepada toleransi doktor jaga. Apa lagi, beca dinaiki jika angkut tidak lagi bertebaran.

Kadang-kadang, melarikan diri itu perkara biasa, istilah tempatan, BB (sebut bebe) yaitu buang badan, perlu pandai BB atau nanti kita disuruh menyiapkan tugasan orang lain. Begitulah. Sebulan ini, bukanlah masa yang selamat, kerana bisa dipanggil untuk mengadap direktor rumah sakit atau pengarah hospital gara-gara satu helai konsul. Nama pun sudah dicatat oleh resident. Kadang-kadang ada juga orang yang sanggup menyiram minyak ke dalam api.

Berjauhan dari keluarga, permasalahan imigresen, permasalah dengan resident atau rumah sakit, ini yang perlu dihadapi. Berat bahu memikul, tetapi Allah (SWT) tidak membebani seseorang sesuai dengan iman masing-masing.

Buat adik-adik yang seperjuangan di atas jalan ini, yang sudah kembali menyambung pengajian di Kepala Batas dan Perlis (twinning programme), akak rindu sangat pada antunna. Rindu kerana Allah (SWT) itu indah. Insha Allah (SWT), tahun depan, kita bersua.

Buat ukhti Bubbly, mabruk alaikuma, walaupun ana tidak tahu kapan walimah ukhti, ana titipkan doa buat antuma berdua, moga dirahmati dan diberkahi Allah (SWT).

Buat akh Suhaib (batch 8 Hira’) dan zaujah, mabruk atas kelahiran baby Yahya pada tanggal 28 Juni baru ini. Moga menjadi penyambung warisan dakwah para anbiya’.

Wallahua’lam .

Posted in Co-ass | 1 Comment »