Nukilan
Posted by fasihah on September 11, 2009
Bismillahirrahmanirrahim..
Malam 22 Ramadhan menyapa seketika, setelah 5 hari berlalunya Nuzul Quran, dan peristiwa Badar al-Kubra, di kala muslim berpuasa di bawah panas terik sinar sang suria. Tingkat iman itu tidak dapat ditandingi oleh kita walaupun mengakui diri sendiri berada di bawah naungan sekolah tarbiyyah.
Entah kenapa, memori lalu menyapa diri. Mungkin ramai yang lebih menyenangi untuk bermain kuiz di facebook atau saling bermessage2 bertukar khabar, namun, saya lebih menyenangi keberadaan saya di sini. Suatu ketika dahulu, saya redhakan diri hidup dalam keadaan terkontang kanting dan tandus tanpa pengisian rohaniah yang berlangsung menjangkau seperdua usia pengajian, usia yang diambil oleh Muhammad al-Fateh atau Usamah sebagai ketua panglima tentera di kala usia baru usai menduduki Sijil Pendidikan Malaysia, jika itu yang dijadikan sandaran di zaman ini.
Saya lebih menyenangi untuk duduk berdiam diri, lebih selesa untuk mencipta pelbagai alasan dalam memastikan hanya hidayah milik Allah
sahaja yang akan saya genggam sampai kapan pun, tanpa mempedulikan orang sekitar. Cemburu, itu sudah tentu apabila melihat teman seperjuangan di madrasah dahulu hidup di zon selesa di tanah air sendiri. Hikmah yang masih dijadikan hijab oleh Allah
.
Lama kelamaan, saya hanya membiarkan diri di bawa arus dunia tanpa mempedulikan apa yang pernah dipelajari.
Allah
campakkan perasaan ini di hati sanubari saya, lantas dengan izinNya saya mula bertarbiyyah dengan seorang saudara seIslam dengan background Islamic yang zero, telur ayam. Saban hari, saya sentiasa merindui di sapa, setiap hari, saya leka berada di bawah buaian Ilahi. Subhanallah, kalau dahulu saya lebih suka memendam rasa, saya lebih menyenangi untuk menyalahkan keadaan, kini, saya mensyukuri hikmah Ilahi yang Maha Hakim.
Dari pintu ke pintu, dari malam ke malam, pada awalnya hanya ber empat, jika kuantiti yang dijadikan panahan, kini kami terus bergerak. Suka saya katakan, suka saya tekankan, majoriti kami dari mereka yang zero back ground. Lantas, cemburu itu secara sendirinya hilang ditelan masa, tatkala melihat diri sahabat-sahabat di tanah air, tidak lagi rela mencari hidayah Allah
yang pernah dicampakkan. Saya sedih.
Sedih kerana, kini, saya dilingkungan mereka yang faham Islam, berjuang untuk Islam yang bukan lagi teman sepermainan saya ketika zaman remaja di sekolah. Alhamdulillah, tarbiyyah dalam kesusahan yang Allah
atur, saya perolehi bukan di tanah air. Lantas, saya mensyukuri apa adanya. Saya berada di lingkungan mereka yang menghargai Islam bukan setakat yang dipelajari di sekolah.
Saya menghargai pertemuan setiap usrah, setiap halaqah yang diadakan. Kadang kala, saya juga tenggelam dalam manhaj ini, namun sering diingatkan sahabiah, tarbiyyah merupakan suatu proses, kerana meninggalkan sesuatu yang sudah menjadi tabiat saya sejak berzaman itu sukar.
Kini, saya rindukan the good old days yang pernah menyapa. Tidur malam bersama tanpa mengenali hati budi masing-masing, dan dengan wasilah yang dibawa Hassan al-Banna, janji itu terpateri secara tidak langsung, tanpa disedari.
Saya mengiyakan, rugilah kita berada dalam zon selesa di tanah air tanpa bergerak, tanpa berusaha memantapkan diri kerana kita lupa, kita bukan berada di zaman Makkah, zaman dakwah terbagi kepada sirri dah jahri.
Tidak hairan, jika tarbiyyah yang pernah diwarisi oleh orang tua kita dahulu tidak lagi diwarisi oleh kita kerana selesanya kita di zaman ini. Tidak perlu mencari hidayah, hanya duduk dan melihat.
(Tiada nas Quran, sekadar nukilan rasa hati).
September 14th, 2009 at 12:34 am
salam akk yg dichintai..~
sentiasa disisi mendidik kita supaya lebih mengenali diriNya..hanya tinggal kita yang terlambat utk mengecamNya..
uhuu..post akk mmpunyai pelbagai perasaan..
semua perasaan ada..tp insyA dengan berjalannya waktu, Allah
(hmm~betulke ayat sy ni?..sori la tgh malam..pelik skit bunyi ayat die..hehee)
September 14th, 2009 at 11:52 pm
salam adik akak.. entahlah hajar..perasaan apa yg ada tu? hajar rasa apa?