Ibrah di Maal Hijrah
Posted by fasihah on 18th December 2009
Al kisah, ada sebuah ceritera teladan yang mau saya kongsikan, mudahan ibrahnya bisa kita jadikan sebagai sempadan.
Dari studio, kami berdua bergerak ke sebuah taman perumahan yang mewah bagi penduduk di sini, sambil membonceng skuter tanpa memakai topi keledar (aksi ini jangan ditiru), kami melalui sebatang jalan raya yang penuh sesak lantaran keesokannya adalah tahun baru bagi kalendar Islam, bermakna libur bagi penduduk kota Medan.
Dalam perjalanan, seperti kebiasaan 2 hari lepas, entah kenapa kisah 2-3 tahun dulu kini menghantui hidup kami di sini, catuan elektrik, black out selama 2-4 jam setiap hari tanpa mengenal waktu. Bertepatan pula dengan jadual ujian USU, kadang-kadang terlihatlah adik-adik yang belajar di bawah cahaya lilin atau lampu kren yang sedang bekerja di tapak pembinaan sedang membina hospital pendidikan USU di Jalan Dr Mansur. Gara-gara kes rasuah Antasari dan Bibik Chandra, negara merah putih ini bertambah kerugiannya hampir RM 400 juta, sebuah nilai yang besar bagi negara Islam yang majoriti penduduknya mengais pagi makan pagi. Pantasan SBY mau digulingkan.
Dalam kegelapan, kami sesat entah ke mana. Berpusing-pusing jugalah menyusuri jalan di TASBI ini. Niat awal di hati ingin mengambil kek yang dibeli dan disimpan di sebuah rumah adik, kerana bimbang kek yang disimpan tidak dapat bertahan sehingga ke hari minggu. Kek hadiah untuk menyambut ulang tahun sahabat tercinta, itulah rencana yang disusun sejak dari awal. Sambil candle light dinner, mencicipi resepi baru yang dicipta adik ini, yang terkenal dengan kepakarannya memasak, banyak hal yang dibincangkan. Dari hal wisuda, co-ass, jaulah, keretapi komuter ke Kampar sehinggalah hal ehwal semasa negara berepublik ini.
Tepat jam 12 malam waktu tempatan, kami berdua berniat untuk beransur pulang. Kasihan dengan si adik empunya skuter yang perlu menyediakan alat kelengkapan untuk berperang di posting Interna pada minggu hadapan. Namun, niat terbantut lantaran memikirkan keselamatan anak gadis di lewat malam, khuatir dengan keselamatan diri di atas jalan.
Kedinginan malam terasa sehingga ke tulang hitam lantaran penghawa dingin yang dipasang. Terima kasih adik-adik menumpangkan kami bermalam dengan penuh selesa.
Setelah menghantar seorang adik pulang ke Malaysia di muka pintu keesokannya, kami berdua mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Serasa menyusahkan si adik, saya menyuruhnya meninggalkan saya di tepi jalan untuk menahan angkut, namun tidak dibenarkan. Melalui jalan pintasan yang dikelilingi petak-petak sawah padi di celah-celah rumah batu yang tersergam indah, dengan jalan yang berlopak-lopak kami melalui belakang pintu 4 kampus USU ke kompleks dosen USU, dimana lebih setengah dekad saya setia menyewa kamar disitu. Melewati sebuah gereja kampus yang penuh meriah dengan ahli kariahnya terasa berbeza dengan masjid kampus yang terletak di jalan sama, yang meriahnya hanya di awal Ramadhan dan setiap Jumaat. Hari ini bukan hari Ahad.
Skuter dihentikan di depan rumah, menunggu si adik untuk pulang di muka pintu, namun skuter kesayangan merajuk berpanjangan. Rupanya, tangki minyak sudah kehausan, kering minta diisi. Kami berjalan sehingga ke depan kampus, terasa malu pula dilihat adik-adik pelajar Malaysia yang menaiki van-van ACMS (Allianze College Medical of Science twinning dengan USU) di pinggir jalan, mahu ke luar kota untuk program berkhatan beramai-ramai.
Setelah membayar 1 ribu Rp per orang kepada supir angkut, kami ke stesen minyak. Terpaksa membeli kantong plastik di kedai runcit berhadapan stesen minyak, lantaran ini kali pertama berpengalaman dengan kejadian sedemikian. Kantong plastik yang diisi dengan minyak diletakkan dengan berhati-hati di dalam beg sandang. Namun, entah kenapa, lagi setengah perjalanan, bercucuran minyak keluar di dalam angkut, membasahi lantai, lantaran kantong plastik itu mungkin tertusuk sesuatu. Riuh rendah dengan suara ibu-ibu yang kebimbangan, kerana pernah kejadian, kebakaran menurut mereka. Angkut dihentikan di pinggir jalan, plastik dibeli oleh sang supir untuk menampung sisa minyak yang berbaki dan melumuri lantai tadi dengan air putih. Semerbak bau wangian minyak dengan tangan yang penuh dengan bahan kimia itu.
Sambil adik tersayang mengisi tangki, saya mengambil baldi yang diisi air dan sabun untuk mencuci tangan.
..pertama, jika ditakdirkan Allah
kami pulang pada jam 12 malam atau 1 pagi Malaysia, tiada lagi kenderaan, terpaksalah mengetuk pintu-pintu rumah atau menahan sesiapa di jalanan, namun Allah
menakdirkan sebaliknya.
-Kedua, sediakan botol mineral untuk mengisi minyak jika anda mempunyai kenderaan di Medan, khuatir nanti kebocoran dan berlaku perkara yang tidak diinginkan.
-Ketiga, pakailah topi keledar, untuk keselamatan diri juga, nanti nyawa melayang, satu kerugian besar kepada banyak pihak yang memerlukan anda. Lebih-lebih lagi di ambang hampir tamat belajar ini.
-Seterusnya, pastikan wang sentiasa ada di kocek, credit ada di HP apabila berlaku kecemasan, lebih-lebih lagi kepada si anak gadis seperti kami.
-Jangan pulang lewat malam, menginaplah di rumah teman, jangan mengundang bencana kecuali jika becak masih ada.
-Pastikan tangki terisi dengan minyak, tayar tidak kempis, jangan tertahan-tahan untuk mengisi minyak.
-Siapakah yang akan memakmurkan masjid Allah
, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.
Wallahua’lam. Every single thing happen with Allah
’s will. Subhanallah, wal hamdulillah, wallahuakbar.
Posted in Canvas of life | No Comments »