Sekiranya seruan ini hanya menjadi debu…biarlah pejuang-pejuang yang belum menemukan mata air kesejukan bertayammum padanya…
Sekiranya seruan ini adalah angin lalu…biarlah ia berembus, menelusur relung jiwa para pejuang, melapangkannya untuk bersiap menghasung kejayaan…
(al-Ghifari’s site)
*********
Hp saya telah hilang, harap maklum. Baru dibeli 3 bulan lalu dengan harga RM 100, dengan tukaran mata wang sekarang RM 1 = Rp 3220, jadi tidak terasa terkilan sangat di hati. Hilang hp juga satu tarbiyyah supaya tidak cuai atau lalai di masa akan datang. Sekarang, masih menggunakan type hp yang sama.
Tidak ada kamera.
Tidak ada radio.
Tidak ada video.
Hanya basic.
***********
Sekejap lagi azan Asar berkumandang.
Tidak lama lagi berhijrah ke tahun baru, berlalulah setahun perjalanan, berlalulah setahun kitab amalan harian.
Ramai yang pulang bercuti semester, dengan penuh berharap, tidaklah adik-adik yang disayangi terus bercuti dari tarbiyyah.
Sejak kecil, emak dan abah sudah mula mentarbiyyah anak-anaknya secara tidak langsung. Rasanya, sejak berusia 4 tahun sudah meninggalkan kebiasaan berpakaian gurlish, skirt. Seluar panjang, kasut sport menjadi uniform kebiasaan ataupun baju kurung. Tarbiyyah yang masih segar di benak fikiran ini, apabila mula-mula menganggotai kumpulan nasyid di Sheffield, bersama anak-anak sahabat seperjuangan emak dan abah di sana.
Lirik lagu
“Buta mata, tidak nampak cahaya, tidak tahu, ke mana hendak di tuju, ke hilir atau ke hulu”
atau
“Wahai mujahid Allah
, teguhkan hatimu,
wahai mujahid Allah
, teguhkan citamu,
wahai mujahid Allah
, bukankah Allah
telah berjanji, syurga firdaus milikmu”
atau
“Di sisi mujahid ada mujahidah,
yang berjihad untuk Islam,
…..
…..
Ingatlah mujahidah,
anakmu amanah Allah
,
tuntutlah shariatnya,
…..
Didiklah mereka,
cara Islamiyyah, agar inshaAllah,
merekakan jadi soleh dan solehah.
tidak perlu soundtrack jazz atau muzik pop sebagai sound track melatari seni lirik lagu ini. Khas seperti nasyid di Indonesia, Izzatul Islam.
Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi
Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang
Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol bentengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana
Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman
Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu
Itulah kesan tarbiyyah dari zaman anak-anak seusai umur 5 tahun, bait-bait lirik masih segar di ingatan saya sehingga sekarang.
Tarbiyyah dari golden age sangat perlu kerana yang masih segar di ingatan saya sehingga sekarang adalah pelajaran yang di ajar semasa di dalam darjah 1,2 dan 3. Kisah sirah para anbiya’ yang menjadi bahan bacaan tiap hari saya, sehinggakan pernah satu saat saya mempersoalkan, kenapa hanya kisah Nabi Muhammad sahaja yang panjang berjela? Tidak nabi lain? Zaman kanak-kanak.
Bila diingat semula, kesan dari ISK, saya pernah belajar itu semua dari kecil. Saya pernah membaca kisah Ashabul Ukhdud berulang kali atau lebih glamournya di dalam IPK, kisah ghulam. Semuanya hanya merefreshing atau meninggalkan kesan?
Hadis 40 sudah dikhatamkan. Apa Erti Saya Menganut Islam, sudah berapa kali di revisi. Namun itu semua tidak cukup menjadikan tarbiyyah di zaman sekolah benar-benar tarbiyyah murni di alam realiti sehinggakan kadangkala sanggup menjadi hamba kepada sistem persekolahan. Dunia di luar, mencabar tarbiyyah yang pernah diterapkan.
Alhamdulillah, Allah
telah memilih emak dan abah melalui jalan ini, jalan yang pernah di lalui oleh para anbiya’, jalan yang pernah dilalui para sahabat, jalan yang pernah dilalui oleh mereka yang cintakan Allah
, namun, hanya mereka yang benar-benar terpilih, akan terus istiqamah di atas jalan ini sehingga akhir hayat.
Sejak dari kecil, kami di keleng ke merata tempat, ke summer camp di England, atau ke usrah dan tamrin yang di buat di rumah para mua’llim dan mua’llimah yang pernah mentarbiyyah saya di sekolah. Panjang doa abah, sentiasa mengingatkan adik untuk meningkatkan hafalan surah, khusyuk wirid abah, mengharapkan kami anak-anak menjadi role model tarbiyyah, “Jilul Quranu Farid”, sentiasa menyabarkan diri bahawa mendidik anak perempuan memang sukar, terutama dalam bab menutup aurat dan kerja rumah tangga.
Hijrah dalam tarbiyyah bukan satu paksaan, tetapi dengan penuh kerelaan, pengertian dan pemahaman dari individu untuk mendapat redha Ilahi, bukan redha naqibah, bukan juga redha akhawat. Setiap amalan terbukti dari iman, munculnya iman dari tuntutan ilmu.
Hijrah itu menyakitkan, tetapi membuahkan individu yang sangat mantap seperti mantapnya iman para muslimin di Sepanyol. Menyembunyikan iman mereka selama 500 thn, dan memegang kunci masjid Kordova. Di luar, terlihat mereka serupa sahaja seperti masyarakat Kristian, pergi ke gereja, tetapi jauh di lubuk hati, sangat menafikan pensyirikan kepada Allah
.
Bila di lihat ke belakang, anak-anak dari generasi emak dan abah yang dulunya dahagakan tarbiyyah, tidak semuanya mahukan tarbiyyah, cuba meloloskan diri dari ikatan yang telah tersemai sejak di bangku sekolah. Malah telah digantikan dengan mereka yang baru mula mengenal erti tarbiyyah ketika di zaman universiti.
Penghijrahan para sahabat sedikit demi sedikit lama-lama membuahkan hasil. Dididik iman mereka yang utama mengEsakan Allah
, barulah dikemudiakan dengan hukum hakam setelah berhijrah ke Madinah kerana itu lebih mudah. Hijrah untuk ke syurga, perlu berpatah balik dari tujuan ke neraka.
Zaman 70-an, menutup ‘aurat dilihat sangat aneh waima di negara majoriti umat Islam.
Bahkan moyang saya pernah satu ketika dahulu mempersoalkan pemakaian kain hijab, dengan alasan, rambut belum beruban lagi.
Hijrah, hijrah dan hijrah.
Perlu diselami, perlu dimaknai.
Saya perlu berhijrah.
Menggantikan masa lapang yang terbuang, dengan membaca buku ilmiah.
Mengisi masa dinihari, dengan solat malam. Inilah tangga untuk merealisasikan impian mejadi kekasih Ilahi.
Tarbiyyah bukan satu bentuk paksaan. Tarbiyyah juga yang mendidik anak-anak Yahudi menjadi mereka yang paling benci dengan nama Muhammad. Tarbiyyah juga yang menjadikan mereka yang Kristian taat ke gereja setiap Ahad.
Tarbiyyah kita, tarbiyyah Islami. Produk untuk menghasilkan “Jilul Quranu Farid”.
Rindunya untuk ditarbiyyah. Rindunya untuk mentarbiyyah.
******
Target hijrah ;
1) Borang mutaba’ah amal
2) Buang barang tidak berkenaan
3) Refill dengan dzikr, amalan sunat
4) Hamba yang solehah – anak solehah – kakak solehah – adik solehah – naqibah solehah – mad’u solehah – doktor solehah – teman solehah – isteri solehah ( kapankah?) , semoga semuanya solehah, Amin.
Mendaki anak tangga paling bawah menuju paling atas seperti di Great Wall of China, cuma tidak tahu, kapankah berakhirnya pendakian dalam berhijrah di bawah tarbiyyah.
“Ya Allah
, imla’ qalbi bil iman, thabbit qalbii ‘ala dinik wa ‘ala thoo’atik”