Cogito Allah Sum dan…
Posted by fasihah on 21st May 2009

(Aiming for this book)
Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah
. Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.
“Got ist tot…” ala Nietzsche yang memfatwakan bahwa Tuhan telah mati sebagai langkah final untuk menuju kedudukan “Manusia Super” hingga “Cogito ergo sum…” ala Rene Descartes yang menegasi Tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana-wacana ilmiah dan filosofis yang senantiasa kupuja.
Kemana-mana aku memproklamasikan bahwa Allah
sama-sekali tidak ada. “Allah
adalah kesia-siaan…!” pekikku. Tetapi, ada apa ini…? Apa sesungguhnya yang tengah menguasi hatiku? Mengapa justru pada detik yang sama, di lubuk hatiku ini, selalu menyeruak kegelisahan dan keraguan atas pemikiranku sendiri? Kian lama jiwaku terasa semakin menegaskan betapa semakin hari aku justru semakin tak bahagia.
Hatiku semakin kerontang. Hidupku semakin tak menemukan makna. Inikah kesejatian diriku sebagai manusia?! Rupanya, semakin aku memikirkan hakikat Allah
, Allah
justru semakin Ada. Allah
tak terbantahkan oleh nalar filsafat dan logika apa pun, yang selama ini kuanut. Allah
seolah telah memfitrah di dalam hati setiap manusia, dirasakan, tak terlogikakan, menghadirkan pendar-pendar ketentraman jiwa yang sangat bening. “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk-Mu…” bisikku dalam derai airmata.
Rayyan sebagai watak utama merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti. Kehidupannya begitu sosial setelah dia mendakwa hidupnya tidak memerlukan Tuhan. Manakala agama itu hanyalah ciptaan manusia. Baginya ibadah itu hanyalah sia-sia sahaja kerana Tuhan itu tidak wujud bahkan ia hanyalah kepura-puraan semata-mata.
Perkenalannya dengan Ain Nadia sewaktu menjadi penalis forum kesedaran, memberikan ‘kesedaran’ kepada kelompok manusia bahawa Tuhan itu tidak wujud, ibadah itu adalah sia-sia dan agama itu hanyalah ciptaan manusia semata-mata. Perkenalan itu telah membuatkan hubungan Rayyan dan Ain Nadia menjadi rapat namun Ain Nadia tidak dapat membaca perasaan Rayyan menyebabkan dia jatuh hati kepada kawan rapat Rayyan sendiri, Haikal.
Berlaku pergaduhan antara Rayyan dan Haikal apabila mereka tahu masing-masing cuba merebut cinta Ain Nadia. Campur tangan jiran-jiran Ain Nadia yang turut memukul Rayyan menyebabkan dia terlantar dihospital. Sepanjang waktu tersebut, Ain Nadia yang menjaganya di hospital. Di situlah Rayyan memohon Ain Nadia agar dia menjadi kekasihnya walaupun hanya sekadar dua minggu. Namun setelah dia sedar bahawa sahabatnya Haikal itu menghidapi sakit jantung, dia menyerahkan Ain Nadia kepangkuan Haikal.
Oleh kerana mengalami tekanan, kemudian berlakunya pergaduhan antara Rayyan dan seorang pemuda di pasar malam akibat sedikit salah faham. Orang-orang di pasar malam telah mengejar Rayyan lalu berlaku kemalangan. Rayyan telah dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan dia terlantar tidak sedarkan diri.
Selama tidak sedarkan diri itu, Rayyan telah mengalami kembara rohani di padang pasir sahara tanpa sebarang bekalan makanan dan minuman. Di sana dia teleh menemui seorang pemuda yang menunjukkan bukti wujudnya Tuhan sebagai tempat pergantungan.
Setelah sedar, dia telah berkenalan dengan Abdul Rahim, seorang pensyarah Universiti Islam Negeri iaitu orang yang telah melanggarnya pada malam tersebut. Ketulusan pakcik Rahim yang menganggap Rayyan seperti anak lelakinya sendiri menyebabkan Rayyan semakin rapat dengan keluarga itu. Tambahan pula kehadiran Aini, anak pakcik Rahim yang mempamirkan sifat muslimah telah menggoyahkan kerasionalan pemikiran Rayyan.
Perkenalan itu bukan sahaja membuatkan Rayyan makin rapat dengan keluarga pakcik Rahim bahkan terbit perasaan yang istimewa terhadap Aini. Padahal ketika itu Aini merupakan tunangan Ihsan. Rayyan cuba menjauhkan diri dari keluarga itu dan sehingga suatu ketika, dia menceritakan perkara tersebut kepada pakcik Rahim.
Jiwa Rayyan jadi begitu gersang, namun tidak tahu kepada siapa dia patut meminta tolong. Tercetus perdebatan jiwanya mengenai kejadian alam ini dan tidak ditemui jawapannya. Dia cuba menyelesaikannya dengan meminum minuman keras sehingga mabuk. Dalam keadaan mabuk, dia telah tersesat ke dalam sebuah masjid. Di situlah dia berdialog dengan ‘Tuhan’ mengenai nasibnya sebelum dia diseret oleh sekumpulan pemuda kerana telah mencemarkan kesucian masjid sebagai rumah Tuhan.
Dalam kesakitan akibat dipukul oleh sekumpulan pemuda yang mengheretnya keliling kampung akibat perbuatannya mencemari kemuliaan masjid, Rayyan menemui Pak Haji Misbah. Pak Haji telah menunjukkan semula jalan kepadanya untuk mencari kembali ‘Tuhan’ yang pernah dipercayainya suatu ketika dahulu.
Di bawah asuhan Pak Haji dan bantuan ustaz Zamri, segala pemikiran rasional Rayyan mengenai Tuhan itu tidak wujud lebur sama sekali. Dia menemui ketenangan yang dicarinya tatkala bertakbir bersama Pak Haji sekeluarga. Tatkala itulah dia melafazkan kata-kata rindu buat Sang Pencipta Yang Maha Agung.
Tatkala itulah dia diserahkan Surat Cinta Daripada Tuhan oleh Pak Haji. Dia menemui kata-kata cinta yang indah dapat menyejukkan jiwa. Rayyan telah mendapat kemanisan cinta Tuhan kembali sehinggalah dia menyertai dialog konsep ketuhanan dengan Syafiq, rakan sefahamannya dahulu. Di situ dia telah mempertaruhkan keimanannya kepada Allah
demi mencari jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan Syafiq. Jika dia berjaya menjawabnya, Syafiq akan menyertainya dalam mempercayai Tuhan. Tapi jika dia gagal mendapat jawapannya, dia terpaksa meninggalkan ‘Tuhan’ yang ditemuinya.
Dalam mencari jawapan tersebut barulah Rayyan tahu bahawa Haji Misbah itu adalah rakan perseguruan ayahnya, Haji Mustafa sewaktu menuntut di Pondok Pasir Tumboh dibawah asuhan Syeikh Jamaluddin. Dan rupa-rupanya jawapan terhadap persoalan yang diutarakan Syafiq itu ada bersama ayahnya.
Tatkala dia mendapat jawapan daripada ayahnya itu, maka bermulalah langkah pertamanya dalam mengharungi dakwah untuk menyedarkan rakan-rakan dalam forum kesedaran, golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Bagi mereka, peminat setia novelist ini, DVD nya udah bisa didapatkan. Thumb up, lucu banget deh. Perjuangan untuk mempertahankan satu-satunya sekolah Islami di Belitong di zaman penjajahan Belanda, wajar ditiru, dengan ketiadaan kemudahan sepeti kalkulator, mereka hanya menggunakan lidi-lidi untuk mengira matematika. Kudos!

Filem “Ketika Cinta Bertasbih” akan keluar sekitar 16 Jun. Harapnya tidak seperti filem “Ayat-ayat Cinta” dan “Perempuan Berkalong Serban” yang sangat mengecewakan karena sebenarnya agak lari dari tuntutan agama. Mungkin kerana Pengarahnya, Mass Hanung yang hanya mengambil kulit dari agama, dan tidak mempelajari dasarnya. Cukuplah “Perempuan Berkalong Serban” di boikot di Jakarta walaupun pertama kali melihatnya, Islaminya, dengan tudung litup dan stokin yang tidak terlupakan, identis dengan muslimah di sini, menggambarkan kehidupan di pesantren, feminisme yang cuba diwar-warkan dan ‘cinta Islami’ yang lari dari landasan agama.
Namun, feminisme yang cuba lari dari dominasi dunia lelaki yang cuba diketengahkan seperti memanah dan berkuda wajar diambil kira. Keseluruhannya, tidak perlulah. Tidak menambahkan iman pun!

Saya masih ternanti-nanti “Sang Murabbi”. Murabbi yang mentarbiyyah dirinya dan sekitarnya. Sangat mengenaskan seperti ahli PKS di sini yang turun padang dan kini merupakan partai politik ke 4 terbesar di Indonesia. Tarbiyyahnya, sangat mengesankan hingga ke lubuk hati. Wajarnya mempelajari materi-materi dan menerapkan strategi dakwah dari mereka.
Masih dalam gelapnya landasan ini, tapi jalan berjuang itu yang Allah
lihat, bukan hasilnya. Ayuh iman, bangun semula!
Sudah khatam buku bulan ini :
1) Tarbiyyah Dzatiyah
2) Seeking for the truth in Islam
Posted in Kutub khanah | 2 Comments »