10.48 pm Medan @ 11.48 pm Malaysia
10.21 pm sms @ +60196..
Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang begitu berat hingga kita terduduk & menangis..perit terasa, tapi ketahuilah & renungilah ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari landasan keikhlasan.
10.29 pm sms @ +60196..
Bismillah.
Dear Allah
, the lady reading this is beautiful & strong and I love her. Help her live her life to the fullest. Please promote her & cause her to excel above her expectations. Help her shine in the darkest places where it is impossible to love. Protect her at all times, lift her up when she needs You the most. Let her know when she walks with You, she’ll owes be safe. Love u waheeda, ukhti.
*********
My love will always be with u dear ukhti.
Bila hati rindukan beribadah kepadaNya, sering Dia terbitkan kasih sayangNya dalam pelbagai cara.
Bersyukur subhanallah, walhamdulillah. Bersyukur kerana ada perubahan seiring azam maal hijrah. Dalam solat yang didirikankan, sering kenangan masa lalu, menghantui diri. Andai diizinkan, mahu sahaja memadamkannya, tetapi tidak mungkin..
Farghfirlii ya Allah
..
I really love her, my ukhti. Maghrib tadi baru menelefonnya di Malaysia, just to inform my new number. Ukhwah fillah indahnya tidak terkata. Dari tahun 1 pergi dan pulang menaiki bas sekolah yang sama, tetapi tidak pernah berusaha untuk memulakan salam perkenalan.
Tingkatan 1, duduk bersebelahan di dalam kelas, tetapi tidak juga untuk merapatkan hubungan. Seorang menghadap depan. Seorang menghadap belakang.
My qoute for her,
“Andai penghijrahan di Malaysia yang terbaik buat dirimu wahai sahabatku, Allah
sentiasa akan mencurahkan kasih sayangNya dengan menuntun setiap derap langkah yang dirimu akan lalui.
Andai penghijrahan ke Australia dapat menemukan kembali dirimu dengan kasih sayangNya, moga tarbiyyah dan rahmatNya sentiasa menghujanimu wahai saudaraku.
Andai ada ragu-ragu terbit di dalam dirimu untuk berpatah semula, mohonlah perlindungan dariNya dari bisikan syaitan yang laknat yang sentiasa ingin membawa dirimu dan diriku ke lembah kehinaan.
Andai ada kata-kata manusia yang menyakitkan, seiring penghijrahanmu, pekakkan telinga, basahkan hatimu, dengan dzikr kepadanya, dan biarkan angin lalu membawa cercaan mereka pergi.
Hijrah itu menyakitkan sahabatku. Hijrah itu memerlukan pengorbanan.
Tetapi..masih tidak menyamai sukarnya hijrah Nabi dan para sahabat.
Islam kita bukan hanya pada namamu.
Islam kita bukan hanya pada ummi dan abahmu.
Islam kita bukan hanya pada tarbiyyah madrasahmu.
Islam kita bukan hanya pada teman-temanmu.
Islam kita segala-galanya wahai sahabatku.
Allahuakbar!
Sahabatku, tidak terhitung kasih sayangNya pada kita. Jadi, jangan berpaling, terus melangkah!
Thabbit quluubana bil iman ya Allah
”.
Amiin, ya Allah
********
At the same time, I was reading this blog, www.muhdkamil.net/kehidupan/ found it by accident, the author of Travelog Haji dan Travelog Dakwah.
Entahla, sudah lama tidak mengalir air mata ini. Shedding my tears as rain heavily poured down.
Tentu sekali saya berbohong jika mengatakan yang saya berasa tenang, aman dan yakin dengan keputusan yang telah saya lakukan. Perasaan ketakutan, teramat takut dengan keselamatan – 3 wanita – yang menjadi tanggungjawab saya. Lalu ketika berkumpul di luar khemah saya membaca doa ini:
Ya Allah
kau ampunilah kami, berikanlah keberkatanMu, berikanlah taufik-hidayahMu dan berikanlah kerahmatanMu. Ya Allah
, kami ingin melakukan ibadat melontar pada pagi ini. Dikatakan pada waktu ini adalah waktu yang paling afdhal tetapi keadaannya sesak dan keselamatan tidak terjamin. Ya Allah
kami ingin pergi juga pada waktu ini, kami datang ke sini semata-mata keranaMu Ya Allah
. Namun, kami takut Ya Allah
. Bersama aku adalah isteriku, adik perempuanku, kakakku, mereka adalah kaum yang lemah, aku tak upaya menjaga keselamatan mereka, aku serah mereka kepadaMu Ya Allah
, kau peliharalah keselamatan kami.
Hanya engkaulah tempat kami berserah. Berikanlah laluan dan lorongan. Tidak ada yang lebih berkuasa selain daripada Kau. Tidak ada Ya Allah
. Ampuni kami Ya Allah
. Ampuni kami Ya Allah 
Saya benar-benar ketakutan. Air mata saya mengalir selebat-lebatnya. Ia tidak terkawal. Ia satu doa yang paling kusyuk yang pernah dilafazkan kepada Pencipta saya. Mata Roza, Kak Mie dan Adik Na kemerah-merahan, merasai betapa kami akan melalui satu perjuangan yang cukup besar. Selesai berdoa, Roza memegang tangan kiri saya dan Adik Na memegang tangan kiri Kak Mie. Pesan saya: Ikut saja ke mana abe pergi!
*****
Ini adalah sebahagian daripada tulisan pembaca manuskrip yang saya muatkan di dalam PRAKATA. Terima Kasih kepada semua yang terlibat [10 insan istimewa] yang kesemuanya akan tercatat di dalam buku ini.
Saya membaca manuskrip ini dengan perasaan. Ia diiringi perasaan halus yang sukar untuk difahami. Airmata saya sentiasa di tubir mata walaupun tidak menitik. Saya seolah-olah bersama-sama dalam perjalanan dakwah Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim. Ia benar-benar dekat dengan jiwa saya.
Tentu sekali saya menadah tangan mohon diberikan kesabaran untuk menjadi insan setabah dan seteguh Roza yang berdakwah kepada suaminya. Saya fikir, Travelog Dakwah: Menanti Hari esok [TDMHE] – secara tersirat – menceritakan kebahagiaan dan kesyukuran seorang isteri yang memerhati perubahan suami yang pernah berseluar pendek dan tidak tahu membaca ayat-ayat Kursi. Ia tidak dinyatakan, namun sebagai seorang wanita, saya merasai getaran tersebut.
Terima kasih kerana memberikan ruang dan kesempatan saya membaca manuskrip ini. Semoga pilihan yang penulis lakukan antara syurga dan neraka diberkati dan dimakbulkannya. Mudah-mudahan terus istiqamah dalam perjuangan ini. Φ Nor Amlizan Ramli, Fakulti Farmasi, UiTM