Dan setiap manusia telah Kami kalungkan amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka 17:13

Archive for the 'Ummah' Category

No thanks, Islam has liberated me

Posted by fasihah on 13th February 2009

Liberal di Malaysia bukanlah isu yang lama malah seolah-olah dibenarkan kewujudannya di Malaysia oleh tertubuhnya organisasi seperti Sisters In Islam. Banyak fatwa yang dipertikaikan seolah-olah merekalah yang lebih arif dari Allah (SWT), Sang Pencipta.

 

Dari blog seorang muallaf, saya copy untuk paparan pembaca.

 

Kenyataan Akhbar 12 Februari 2009

 

PUM PP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

 

Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.
Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

 

200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUM PP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.
Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.
PUM PP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari’at yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah.

 

PUM PP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)
· 109:6 Unto you, your religous law, and unto me, mine !” [3]

 

Sehubungan dengan itu, PUM PP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.

 

Dr Wan Salim Wan Mohd Nor Mohammad Nizam
Yang di Pertua Setiausaha
Persatuan Ulama’ Malaysia PUMPP

 

cawangan Pulau Pinang (PUMPP)
————————————————————————————
Assalamualaikum,
I’ve just received this e-mail today from a brother of Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang.
Something fishy is going on. If there’s really nothing to hide about the agenda of the Musawah, members of the public especially Muslims should be allowed to join. Why all the secrecy?
As SIS is known to have their own views about women’s aurat, polygamy, women’s rights in Islam (in other words, thier own ideas about Islamic laws for women), etc I doubt whatever they plan to fight for will actually benefit the ummah as a whole. Imagine if they suggest that Muslimahs in the country can do anything they like in the name of equal rights, and nusyuz wives can continue to disobey husbands?
Therefore I support the content of the above letter by PUM.
May Allah (SWT) swt bless and protect the Muslimah in this country from being influenced by liberal thinking, ideas which are not from the al-Quran and Sunnah.
Choosing to spread their own liberal ideas about Islamic laws with total disregard to what Islamic scholars and ulama teach is a sure way of being misguided by you-know-what. Guess who is clapping happily.

 

Kak Aliya

Posted in Ummah | 1 Comment »

Mengapa Yahudi Bijak?

Posted by fasihah on 4th February 2009

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

yahudi1.jpg

 

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

 

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

 

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

 

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

 

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

 

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

 

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

 

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

 

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)

 

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

 

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

 

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

 

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

 

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

 

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

 

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

 

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

 

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

 

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

 

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato!’

 

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

 

Dr. Stephen Carr Leon

Artikel asal dari http://ismaweb.net/v2/Article865.html

Posted in Ummah | No Comments »

Rakyat Malaysia Tidak Agresif Memboikot?

Posted by fasihah on 19th January 2009

Israel menang?

Let we see. Pencuci muka; Johnson & Johnson, syampu; Head & Shoulder, ubat gigi; Colgate, perfume; Georgio Armani, bedak ; Johnson & Johnson, alat solek ; Estee Lauder, minuman breakfast; Milo, makanan segera; Maggie . CD; Bedtimes’ Story Walt Disney. (Hanya andaian semata-mata).

OKla, we can use these. Pencuci muka; Syahirah (suci tau), syampu; Mustika Ratu, ubat gigi; Siwak, perfume; Oriflame, bedak; Aloe Vera, alat solek; Oriflame? (isi sendiri), minuman breakfast; Indomilk Chocolate, makanan segera; Indomie goreng, CD; Laskar Pelangi, Sang Murabbi? (“,).  Better. Tak matikan? Jawapannya tidak!. Jadilah seperti orang Islam di Turki, seperti yang dikatakan Abu Saif.

Ghazwatul fikr. (Moga Allah (SWT) tetapkan hati ini dan beri kekuatan untuk memboikot).

Isu yang lain tentang ISA. Wallahua’lam. Tahun 1987 menyaksikan seorang paderi Melayu, Jamaluddin @ Joshua di tahan di bawah ISA kerana ancaman kepada Islam Beliau telah berjaya memurtadkan 6 orang Islam Melayu, malangnya dibebaskan kerana perlembagaan Malaysia, kebebasan beragama. Wallahua’lam. ISA masih relevan untuk Yahudi bangsa laknatullah, ancaman kepada kesejahteraan aqidah Islam.

The important words in that statement are “telah melibatkan diri dalam satu rancangan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu”. Or in English “was involved in a plan or programme to propagate Christianity amongst Malays”.

Alasan-Alasan Untuk Perintah Tahanan
Bahawa kamu, Jamaluddin bin Othman @ Yeshua Jamaluddin, sejak tahun 1985 hingga ditangkap pada 27 Oktober 1987, telah melibatkan diri dalam satu rancangan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu. Kegiatan kamu itu boleh mendorong kepada timbulnya suasana ketegangan dan permusuhan di antara masyarakat Islam dengan masyarakat Kristian di negara ini dan boleh memudharatkan keselamatan negara.

                                                  israel.jpg

DI tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur City Centre semalam, Setiausaha Gabungan Badan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli hanya sekadar mampu menggelengkan kepalanya.

 

Di kafe-kafe makanan Barat berjenama Amerika dan Israel tetap sesak dikunjungi. Di dua restoran ayam goreng terkenal, pemandangannya juga sama. Nampaknya, kempen memboikot sama ada produk Israel atau Amerika sejak empat hari ini sebagai tindak balas kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, tidak berhasil.

 

”Lebih menyedihkan lagi, menerusi pemantauan anggota-anggota kami dalam kempen boikot produk Israel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor Bahru ini, turut sama kelihatan di restoran dan kafe ini adalah kelibat pelancong Arab.

 

”Rakyat kita tidak kisah nasib rakyat Palestin, memanjang penuh restoran-restoran itu,” keluh Mohd. Jurit, 38, yang melepaskan perasaannya dalam kunjungannya ke pejabat cawangan Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru ini.

 

Mohd. Jurit, yang mengendalikan badan yang menaungi 150 NGO dengan keanggotaan 50,000 orang itu membawa penulis kepada pengalamannya sewaktu bertugas menyertai misi pengaman Malbatt 3 di Bosnia pada 1995/1996.

 

”Dalam kancah peperangan Serb-Bosnia ini, manusia hidup melarat, anak-anak menjadi yatim piatu sekelip mata berceleparan di jalanan. Saya dapat menyelami sendiri penderitaan penduduk Palestin kerana semasa bertugas di Bosnia, banyak pengalaman melihat mangsa perang melekat di kepala sampai ke hari ini.

 

”Acap kali penduduk Bosnia ini akan singgah di kem kami untuk bertukar-tukar barang atau dalam bahasa sana dipanggil ‘poklon’. Kami tukar barang-barang perhiasan atau gambar dinding mereka dengan beberapa buku roti dan makanan,” kata bekas koperal itu.

 

Paling menyayat hati beliau adalah apabila menemui banyak anak kecil di taman perumahan dekat Konjic dan Kosovo yang menangis kelaparan di sisi mayat ibu bapa dan anggota keluarga dewasa sambil tembakan terpapar di dada dan kepala.

 

”Kami yang pernah bertugas di negara-negara yang dilanda konflik peperangan ini menyelami dan faham erti penderitaan penduduk Palestin ketika ini. Tapi apabila berada di tengah-tengah Kuala Lumpur semalam, hati saya macam disiat-siat kerana kempen boikot produk Israel dan Amerika ini memang tiada kesan, terpaksalah kena fikir cara lain,” katanya.

 

Ketika melihat situasi ambil mudah sebilangan warga kota terhadap kempen boikot produk itu, Mohd. Jurit mengandaikan mereka seolah-olah sudah ‘diprogramkan’ untuk tidak berasa apa-apa kesengsaraan penduduk Palestin. Kerana itu, apabila gabungan NGO beliau mengadakan demonstrasi menggesa kerajaan jangan melayan desakan pihak tertentu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, Mohd. Jurit pada masa sama meminta rakyat Malaysia memikirkan risiko yang bakal dihadapi jika ISA ditiadakan.

 

”ISA ini perlu untuk menjamin ketenteraman awam dan negara keseluruhannya. Bagi pihak yang mendesak supaya ISA dihapuskan, saya cabar mereka jangan asyik gesa tu, desak ni dalam ‘aircond’, salinlah pakaian mereka dengan baju tentera, kemudian ke medan perang jika suatu hari nanti ketenteraman negara tidak terjaga tanpa satu akta pencegahan seperti ISA,” katanya.

 

Mohd. Jurit dan ahli-ahli NGO beliau tetap mengetepikan ayam goreng dalam menu anak-anak atau singgah di kafe yang menjadikan eskekutif muda ‘pejabat kedua’ menghirup kopi petang mereka.

 

Walaupun antara alasan popular diterima ‘kalau aku seorang sahaja yang boikot, tak menjadi juga’, Mohd. Jurit masih bertekad meneruskan pemantauan itu.

Utusan, 19 januari 2009

Posted in Ummah | No Comments »

A MUST READ DOA..

Posted by fasihah on 5th January 2009

 mh_011.jpg

[Update 6 Jan : MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.Utusan online.

Terkenang pada blog lama saya, Sabrashatila,  2 khemah perlindungan, Sabra dan Shatila di Palestin, dari buku A Tears From Heaven, From Beirut to Jerusalem. Penulis, rakyat Malaysia yang bermastautin di Singapura, mengambil langkah menyokong Yahudi. Apabila tiba di Beirut, di sana, persepsinya berubah. Sedikit review].

Kata orang..kita wajib bersyukur..

Kata Allah (SWT)..siapa yang bersyukur..Dia akan tambahkan lagi rezeki..

Betul ke saya dah bersyukur..

Hp sudah dikembalikan siang tadi..

Bersusah payah pakcik datang ke hospital..

Terima kasih Allah (SWT), terima kasih pakcik..

Masih ada lagi yang jujur di muka bumi ini..

Saya belum pandai bersyukur..

Sebab banyak benda yang saya tak buat lagi..

Banyak benda yang belum saya tinggalkan lagi..

Saya sepatutnya bersyukur..

Begitulah ciri orang beriman..

Begitulah ciri mukmin..

Buku Panduan Manusia kan dah ada..

kenapa belum saya ikut sepenuhnya..

[update 6 Jan : sebenarnya, pakcik menelefon saya untuk berjumpa. Kebetulan, waktu itu saya di poliklinik RS Adam Malik, dan dia juga mahu membawa saudaranya yang sakit. Beria-ia dia menanyakan adakah ini F. Di HP saya ada key-chain abjad warna warni nama saya. Di mana hilangnya HP? Saya pun menerangkannya dengan panjang lebar. Nampaknya dia berpuas hati. Dia meminta saya membawa bukti pengenalan diri.

Saya bersama teman menyelinap keluar ke emergency room (sambil terpegun kerana sudah 4 minggu kami meninggalkan RS ini, sudah siap renovate rupanya). Ada sedikit saguhati yang saya berikan yang sebenarnya tidak dapat ditukar dengan nilai kejujuran manusia. Pakcik itu pun tidak mahu menerimanya. Kagumnya saya. Pakcik, ambillah ini untuk merawat keluarga pakcik, kerana saya tahu, untuk membeli makanan sahaja mereka tidak mampu, apatah lagi ubat, di dalam hati. Terima kasih pakcik.

Beberapa minggu sebelum itu, teman koas saya merangkumi teman serumah juga kehilangan hp, juga di dalam angkot, seperti virus menular. Bersyukur sangat kerana saya lebih bertuah untuk dipulangkan hp. Tapi pakcik, inbox saya tinggal 2 msg, kenapa pakcik padam 140 msg yang lain? Bila saya kesunyian, saya review semula sms mak abah, akhawat dan adik-adik, tapi, msg tu dah takde. Wallahua’lam, alhamdulillah]

****

Sejak Salahuddin al-Ayyubi menawan Baitul Maqdis, masih tiada siapa yang dapat mempertahankannya lagi dari Israel.

1 isu timbul, 1 isu tenggelam..

Sedangkan sudah lama berputar..

Kunci di tangan saya..

masih belum temukan lagi dengan geriginya..

kerana Islam belum sepenuhnya tertegak dalam diri saya..

bagaimana mengharapkan tertegaknya Islam di sesebuah negara..

Doa untukmu wahai saudaraku..(meminjam doa dari seorang ikhwah)

اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، وَإِنَّ بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ المَوْلَى النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،

 

Ya Allah (SWT)! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?

 

اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.

 

Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.

 

اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ الصَّهَايِنَةِ وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.

 

Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.

 

اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ أُنْفُسُنا إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ وَأَهْلَهُ وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ.

 

Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.

 

A credits go to him inshaAllah, www.yazidsahak.blogspot.com

Posted in Ummah | No Comments »